MH370: Ramli Abbas berserah kepada Allah

Datuk Mohamed Ramli Abbas (Pengerusi Kumpulan Modal Perdana - KMP), Datuk Mohamed Ramli Abbas berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menentukan nasib isteri dan dua anaknya dalam pesawat MH370.

Beliau bertenang dan bersabar menghadapi apa yang berlaku.

"Itulah yang sedang saya lakukan walaupun hakikatnya hati saya Allah sahaja yang tahu. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah," kata Mohamed Ramli.

Transkrip perbualan telefon dengan bekas Presiden Persatuan Halak Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim disiarkan di laman Facebook Halak Maindailing.

"Ini hak Allah Taala untuk mentakdirkan mereka berada di dalamnya (MH370). Sudah suratan Allah dan menjadi hak-Nya untuk memilih mereka. Saya redha," katanya

Isteri Mohamed Ramli, Datin Biby Nazli Mohd Hassim, 62, menaiki pesawat itu bersama dua anak mereka, Maria, 32, dan Dina, 30.

KUALA LUMPUR - 9/3/14

Post a Comment

Previous Post Next Post