Pertambahan Dana KWSP


kwsp-pengeluaran-wang

Pertambahan Dana KWSP

KUALA LUMPUR 3 April - KWSP direkod mencatat pertambahan jumlah keseluruhan dana yang diuruskan oleh pengurus dana ekuiti dan pendapatan tetap luaran meningkat kepada RM57.67 bilion setakat ini.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dipetik berkata, "Ini bagi mempelbagaikan strategi dan seterusnya membangunkan industri pengurusan dana tempatan.

"Sebagai dana persaraan, KWSP sentiasa berhati-hati dan berhemah dalam Peruntukan Aset Strategik bagi mengoptimumkan pilihan pelaburan dan sekali gus memberi pulangan terbaik kepada ahli," katanya semasa menyampaikan ucapan di Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio KWSP di sini malam ini.

Tambah Samsudin, " Pengurus portfolio berprestasi tinggi akan diberikan ganjaran manakala mereka yang gagal pula akan ditamatkan perkhidmatan," ujarnya lagi.

Pengiktirafan telah diberikan kepada Nomura Asset Management Malaysia Sdn. Bhd. yang dipilih sebagai pemenang Pengurus Portfolio Ekuiti Domestik Pulangan Pelaburan Tiga Tahun Terbaik 2012 .

Sumber: Utusan



Post a Comment

Previous Post Next Post