Resepi Kek Buah Bakar Sukatan Cawan Mudah Sedap



resepi-kek-buah-bakar-kukus-mudah-sukatan-cawan

KEK BUAH sememangnya terkenal dengan kek yang sangat manis dan enak. Kek buah pastinya digemari oleh pencinta manis-manisan.

Berikut dikongsikan bahan-bahan serta cara membuat kek buahan campuran masam-masam manis yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kek buah:

2 sudu kecil susu tepung
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
230g buahan campuran
225g tepung serbaguna
4 biji telur
250g mentega
2 sudu kecil madu
100g gula perang
1/4 sudu kecil serbuk penaik

Cara-cara menmbuat kek buah campuran masam-masam manis:

1. Mula-mula, oven dipanaskan pada suhu 160 C mengikut sushu pada oven masing-masing.

2. Kemudian, mentega dipukul bersama gula perang sehingga kembang putih.

3. Seterusnya, masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul hingga sebati.

4. Masukkan pula madu dan esen vanilla ke dalam acuan dan pukul hingga sebati.

5. Sementara itu ayakkan tepung serbaguna bersama serbuk penaik, serbuk kayu manis dan juga susu tepung.

6. Selepas itu, ambil 2 sudu besar tepung yang sudah diayak tadi lalu gaulkan dengan buah-buahan campuran bagi mengelakkan buah mendap ke dalam kek.

7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik sehingga sekata. Masukkan buah-buahan kering dan digaul rata.

8. Setelah siap semuanya, masukkan adunan ke dalam loyang.

9. Bakarkan kek kedalam ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

10. Kek boleh menjadi kering jika dibakar berlebihan.

11. Akhir sekali, cucuk kek dengan lidi sate atau lain2 selepas 35 minit dan jika lidi keluar licin, bermakna kek sudah masak sepenuhnya.



0 comments :