Menjelang nya syawal ramai yang bersiap sedia menyambut lebaran dengan pelbagai hidangan kuih dan lauk pauk untuk para tetamu yang bertandang. Biskut kuih batang buruk merupakan antara resepi yang selalu menjadi perhatian dan pilihan.
Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u
Berikut disenaraikan cara-cara memasak kuih batang buruk yang sedap dan mudah
Bahan-bahan diperlukan untuk membuat biskut batang buruk:
minyak masak
600g tepung gandum
600g kacang hijau
400g gula kisar
300g tepung beras
3 biji telur
1 biji santan kelapa
Cara-cara pembuatan biskut batang buruk rangup:
1. Pertama sekali, panaskan santan sehingga mendidih. Kemudian, tutupkan api dan sejukkan santan seketika.
2. Kedua, sangaikan kacang hijau dan dibuang kulitnya. Seterusnya, kisarkan hingga halus dan campurkan dengan gula. Ketepikan.
3. Ketiga, gaulkan tepung dengan santan yang telah dimasak siap. Kemudian, masukkan telur dan uli bahan tadi. Canaikan sehingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm.
4. Keempat, gulungkan adunan yang diuli dan biarkan berlubang di tengah. Potong kecil dan gorengkan hingga kekuningan.
5. Terakhir, setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau.