Senarai Harga Terkini Minyak Petrol Diesel Bulanan Februari 2017



Oil Barrels with Red Arrow

Senarai Harga Terkini Minyak Petrol Diesel Bulanan Februari 2017

Berdasarkan pengumuman terkini telah ditetapkan harga runcit petrol gred RON95 dan RON97 akan naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 1 Februari 2017.

Ini bakal menjadikan harga petrol RON95 menjadi RM2.30 seliter manakala harga petrol RON97 ialah RM2.60 seliter mulai tengah malam ini.

Senarai Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel (1 Februari 2017)

Harga Minyak RON95 : Naik 20 sen @ RM2.30 seliter (RM2.10 seliter)
Harga Minyak RON97 : Naik 20 sen @ RM2.60 seliter (RM2.40 seliter termasuk GST)
Harga Minyak DIESEL : Naik 10 sen @ RM2.15 seliter (RM2.05 seliter)
Harga Minyak EURO 5 Diesel : Naik 10 sen @ RM2.25 seliter (RM2.15 seliter)

* Berdasarkan harga minyak bulan februari berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Rabu, 1 Februari 2017, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Februari 2017.

* Harga minyak bulan Januari 2017 adalah di dalam kurungan (  )

Bagi harga terkini diesel 2017 pula, harga runcit bahan bakar itu akan meningkat sebanyak 10 sen kepada RM2.15 seliter adn dengan peningkatan mendadak kenaikan harga bahan bakar itu, ia melonjak ke paras tertinggi sejak bulan Januari tahun lepas.

Kerajaan buat masa ini dilihat belum mempunyai mekanisma lain bagi menentukan harga bahan bakar menerusi sistem apungan terurus yang dilihat oleh ramai pihak masih samar-samar dalam cara pengiraan harga untuk penetapan harga bahan api.



0 comments :