Resepi Kek Pisang Kukus Simple Sukatan Cawan Sedap Masak
Kek pisang merupakan antara resepi yang menjadi pilihan ramai kerana selain dari rasa pisang ianya juga mempunyai tekstur yang lembut dan gebu yang membuatkan ianya sesuai untuk dihidangkan pada mana-mana hidangan.
Berikut dikongsikan resepi cara untuk membuat kek pisang kukus dengan menggunakan sukatan cawan. Selain dari cara masakan yang dipaparkan, terdapat juga resepi kek pisang kukus tanpa telur yang juga pasti menambah selera anda untuk memasak kek pisang.
SENARAI PENUH KOLEKSI RESEPI EMAJALAH2U
Bahan-bahan yang diperlukan untuk diayak bersama dalam resepi kek pisang:
4 biji pisang kapas atau berangan dilenyek hancur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen pisang
1 cawan gula @ 3/4 cawan gula (ikut suka nk manis ke x ye)
4 biji telur size A
3/4 cawan minyak mazola/minyak masak
Cara-cara memasak penyediaan kek pisang kukus moist:
1. Baking powder (serbuk penaik), soda bikarbonat dan tepung gandum di ayak dahulu.
2. Di dalam bekas yang lain, blend telur dengan mixer hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak, pisang siap dilecek dan gula secukup rasa.
4. Blend atau putar semuanya hingga betul-betul sebati untuk mendapat rasa yang maksimum.
5. Kemudian masukkan campuran tepung gandum yang siap diayak.
6. Masukkan Esen pisang.
7. Pukul semua campuran dengan sebati betul.
8. Kemudian kukus kek pisang anda selama 40 minit dengan api