Info Cara Semakan BR1M 2018 Online Rayuan dan Permohonan

brim-2017

Info Cara Semakan BR1M 2018 Online Rayuan dan Permohonan

Berikut merupakan cara semakan status brim 2018 online, secara sms dan secara email:

Borang Permohonan baru dan kemaskini maklumat BR1M 2018

1.  Cara Semak Online Keputusan Permohonan BRIM 2018

a) Untuk menyemak status boleh klik pada SEMAKAN KEPUTUSAN BRIM 2018 ONLINE

b) Pemohonan boleh menyemak status dengan memasukkan no MyKad (12 digit)
Boleh disemak di STATUS BR1M 2018.  Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.

Status Permohonan Permohonan BRIM 2018
Bagi para pemohon, berikut adalah status untuk peromohonan online:

Diterima  :  Permohonan Telah Didaftar
Dalam Proses :   Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
Ditangguhkan :  Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

2. Cara Semak Keputusan BRIM 2018 melalui telefon

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716a

3. Cara Semak Keputusan BRIM 2018 melalui email

Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

4. Permohonan Skim Khairat Kematian BR1M 2018

a) Hanya waris yang didaftarkan bagi kategori isi rumah dan warga emas sahaja layak untuk membuat tuntutan.

b) Jika maklumat waris ditanda, ruangan maklumat waris perlu diisi dengan lengkap. Jika tidak lengkap, akan dianggap sebagai Tiada Waris.

c) Hubungan waris terhad kepada:
i. Pasangan; atau
ii. Ibu; atau
iii. Bapa; atau
iv. Anak; atau
v. Adik-beradik; atau
vi. Cucu.

d) Diberikan kepada waris sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh 1Januari hingga 31 Disember 2018.

e) Tuntutan boleh dibuat di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional.

f) Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut (jika berkaitan):
i. Kad pengenalan asal waris;
ii. Sijil kematian asal atau salinan penerima (yang dikeluarkan oleh JPN); dan
iii. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris.

Post a Comment

Previous Post Next Post