Info Kalendar Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2017

jadual-waktu-peperiksaan-stpm-2017

Bagi pelajar STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) yang bakal menduduki peperiksaan STPM, berikut merupakan arahan lengkap, jadual lengkap waktu dan tarikh peperiksaan STPM 2017.

ARAHAN AM MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)

1. Calon dikehendaki membaca ARAHAN, AMARAN, dan PERINGATAN yang diberikan dalam Jadual Waktu peperiksaan ini.

2. Waktu peperiksaan adalah berbeza-beza mengikut kertas. Calon dikehendaki menyemak waktu peperiksaan sebenar bagi setiap kertas mengikut penggal.

3. Calon dilarang membawa masuk sebarang peranti termasuk jam tangan pintar yang tidak dibenarkan semasa menduduki peperiksaan

4. Calon tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 30 minit selepas peperiksaan bermula dan dalam tempoh 30 minit sebelum peperiksaan tamat.

5. Masa yang dibenarkan bagi sesuatu kertas adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam petak bersetentangan dengan nama kertas berkenaan.

MASA TAMBAHAN TIDAK DIBENARKAN. Masa untuk membaca soalan adalah termasuk dalam masa yang dinyatakan bagi kertas berkenaan.

6. Calon yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dinasihati supaya berpakaian kemas dan sesuai, dan sentiasa mengikut tatatertib di dalam dewan/bilik peperiksaan.

7. Calon tidak dibenarkan membawa Jadual Waktu Peperiksaan, Arahan, Amaran, dan Peringatan Kepada Calon ini ke dalam dewan/bilik peperiksaan.


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN STPM PENGGAL 1, PENGGAL 2, PENGGAL 3 STPM 2017

stpm-2017-jadual-waktu-result

Catatan:

P1 – Penggal 1 STPM 2017

P2 – Penggal 2 STPM 2017

P3 – Penggal 3 STPM 2017

Bagi mata pelajaran Mathematics (M), Mathematics (T), Information and Communications Technology, Physics, Chemistry, dan Biology, kertas soalan adalah dalam dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Calon dibenarkan menulis jawapan dalam bahasa Inggeris atau/dan bahasa Melayu.

Garis tegak di sebelah nama kertas menunjukkan calon tidak boleh mengambil lebih daripada satu kertas dalam kumpulan kertas yang berkenaan.0

ARAHAN KEPADA CALON STPM 2017

1. Calon hendaklah menulis nombor kad pengenalan, angka giliran, kod dan nama kertas, penggal/ulangan dan tahun peperiksaan dengan jelas dalam ruang yang disediakan pada helaian pertama dan pada helaian-helaian yang berikutnya dalam kertas jawapan calon.

2. Calon hendaklah membawa alat matematik dan alat lukisan sendiri bagi mata pelajaran yang memerlukannya.

3. Calon dikehendaki:

(a)Meletakkan kad pengenalan calon di atas meja sepanjang masa peperiksaan dijalankan. Calon mungkin tidak  dibenarkan  mengambil peperiksaan  sekiranya  calon  tidak  membawa  dokumen  ini  (bagi  calon sekolah)

(b)Meletakkan kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) calon di atas meja sepanjang  masa  peperiksaan  dijalankan. Calon  mungkin  tidak  dibenarkan  mengambil  peperiksaan sekiranya calon tidak membawa kedua-dua dokumen ini. Calon hendaklah mencetak LPKC masing-masing mengikut  penggal  peperiksaan  tahun  semasa  daripada   portal   Majlis   Peperiksaan   Malaysia www.mpm.edu.my (bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu sahaja).

4. Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan lima belas minit sebelum peperiksaan bermula bagi tiap-tiap kertas.

5. Apabila calon diarahkan berhenti menulis, susun dan ikat semua kertas jawapan calon dengan kemas mengikut tertib KEUTAMAAN. Calon hendaklah duduk di tempat calon sehingga dibenarkan keluar oleh Ketua Pengawas.

6. Calon hanya boleh menggunakan pensel 2B sahaja untuk menjawab soalan jenis aneka pilihan.

7. Calon hendaklah memberitahu Pengawas dengan serta-merta jika

(a) calon diberi kertas soalan bagi sesuatu kertas yang tidak calon ambil, atau

(b) calon diberi kertas soalan yang lain daripada yang dijadualkan bagi waktu peperiksaan berkenaan.

8. Maklumat tentang Sifir Matematik Permulaan Cambridge; Tatatanda, Takrif, dan Rumus Matematik (Mathematical Notation, Definitions, and Formulae), dan Buku Data (Data Booklet), telah dimasukkan dalam kertas soalan yang berkaitan.

9. Tulis jawapan calon dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru pada kedua-dua belah halaman kertas jawapan melainkan jika terdapat arahan pada kertas soalan yang melarang calon berbuat demikian. Pensel berwarna atau pena mata bola berwarna lain hanya boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta sahaja.

10. Kalkulator elektronik yang senyap dan tidak boleh diprogram sahaja yang boleh digunakan dalam peperiksaan STPM kecuali soalan tertentu tidak membenarkan penggunaannya. Walau bagaimanapun, Pengawas pusat peperiksaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan punca kuasa bagi kalkulator. Bahan lain yang berkaitan dengan kalkulator tersebut, seperti katalog kalkulator atau manual penggunaan kalkulator, tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

11. Jika calon terlibat dengan pertembungan jadual waktu bagi mana-mana kertas pada sesuatu masa, sila dapatkan keterangan lanjut daripada Ketua Pengawas. Calon akan diberitahu waktu peperiksaan bagi kertas yang bertembung itu.

12. Sila ambil perhatian bahawa:

(a) Calon mesti menjawab jawapan bertulis calon menggunakan kertas tulis (MPM/P1.2) yang dibekalkan oleh Majlis    Peperiksaan    Malaysia.    Calon    tidak    dibenarkan    melipat    kertas    tulis    yang    dibekalkan    untuk mengelakkan calon daripada disyaki membawa masuk kertas tulis. Jika calon menerima kertas tulis yang mempunyai kesan lipatan, serahkan kertas itu semula kepada Pengawas.

(b) Calon tidak dibenarkan membawa kertas tulis keluar dari dewan/bilik peperiksaan, sama ada kertas yang telah atau yang belum digunakan.

(c) Calon tidak dibenarkan merokok sama sekali di dalam dewan/bilik peperiksaan.

13. Alat seperti telefon bimbit, kamera, radio, perakam suara, jam tangan pintar dan apa-apa peranti elektronik berkeupayaan bluetooth/wifi tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas (untuk calon istimewa yang memerlukan keperluan khas).

AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN STPM 2017 PENGGAL 1

Calon diberi amaran supaya:

1. Jangan bersubahat dengan seorang lain dengan tujuan untuk menipu.

2. Jangan melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan Majlis Peperiksaan Malaysia, Ketua Pengawas atau Pengawas.

3. Jangan menipu atau cuba menipu, atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai menipu, atau cuba menipu untuk tujuan peperiksaan ini.

4. Jangan membawa atau menerima apa-apa buku, nota, kertas dokumen, gambar, atau apa-apa peranti lain daripada sesiapa sahaja kecuali apa yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas peperiksaan;

5. Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau di sekitar dewan/bilik peperiksaan.

6. Jangan berhubung dengan mana-mana calon lain atau mana-mana orang semasa peperiksaan berlangsung, walau dengan apa cara sekalipun, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas.

7. Jangan mewakilkan orang lain menduduki peperiksaan ini untuk diri calon.

PERHATIAN: Jika calon melanggar mana-mana Amaran di atas sama ada dengan cara disedari atau tidak disedari, maka calon diingatkan bahawa calon akan didakwa di bawah Kaedah 3 dan 4, Akta 225 Majlis Peperiksaan Malaysia 1980, Kaedah Majlis Peperiksaan Malaysia (Tatacara dalam Kes Salah Laku, 1986).

PERINGATAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN STPM 2017 PENGGAL 1

1. Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaannya dan diberi LPKC yang baharu mestilah mengambil peperiksaan tersebut di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran seperti yang tercatat dalam LPKC yang baharu.

2. Calon yang memohon perpindahan pusat peperiksaan tetapi maklumat dalam LPKC belum dikemaskinikan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia hendaklah menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian Pengendalian STPM dan MUET Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 tidak lewat dari 15 Oktober 2016.

3. Angka giliran dan pusat peperiksaan bertulis calon adalah seperti yang tercatat dalam LPKC.

MAKLUMAT MPM

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan

Website : http://www.mpm.edu.my/

Bacaan Lain:
1. Info Semakan Keputusan UPSR Online
2. Info Senarai Kolej Matrikulasi KPM Seluruh Malaysia
3. Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Online
4. Info Senarai IKBN Seluruh Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post