Info Cara Panduan Permohonan Tingkatan 1 MRSM 2017-2018 Kemasukan

permohonan-tingkatan-1-mrsm-2017-2018-online

Berikut merupakan Info Cara Panduan Permohonan Tingkatan 1 MRSM 2017-2018 Kemasukan terkini yang dikeluarkan oleh pihak KPM.

Syarat Permohonan Form 1 MRSM 2017-2018 Dan Maklumat Tambahan

1. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan    Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan  Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad

2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak  menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2017, permohonan  dianggap tidak berjaya. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan  di  MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

3. Memperoleh keputusan 6A (permohonan semenanjung) dan minimum 3A 3B (A dalam subjek Matematik dan  Sains dan tiada gred C, D dan E) - Permohonan Sabah & Sarawak dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016


Panduan Membuat  Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2017-2018 Online

1. Pemohonan kata laluan secara percuma boleh di buat secara talian di https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

2.  Pengambilan kata laluan permohonan adalah percuma. Tempoh pengambilan kata laluan permohonan dibuka adalah bermula dari 13 September hingga 21 Oktober 2016.

3. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan

4. Sabah & Sarawak : Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di hantar ke alamat di bawah ini :-
(Permohonan Ke Tingkatan 1 2017)

Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,50609 Kuala Lumpur 

Post a Comment

Previous Post Next Post