Permohonan SBP 2017 bagi pelajar tingkatan satu 1 online

permohonan-sbp-2017-online-form-1

Bagi para pelajar tahun enam 2016 boleh mula membuat permohonan kemasukan ke sekolah-sekolah berasrama penuh SBP terpilih.

Tarikh Mula Dibuka untuk permohonan SBP 2017 : 15 Oktober 2016

Tarikh Tutup Permohonan kemasukan SBP 2017 : 15 November 2016

Bagi Yang berminat untuk memohon ke SBP Online boleh klik sini 

INFO BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Cara membuat permohonan ke SBP 2017

Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman
sesawang:
www.moe.gov.my

2. Info untuk Calon yang layak memohon kemasukan ke Tingkatan Satu SBP 2017

a) Murid Tahun Enam 2016 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan
b) Permohonan boleh dilakukan sebelum keputusan UPSR diumumkan
c) Bagi pemohon yang disekat maklumat akses bolehlah merujuk ke pihak sekolah masing-masing untuk mengemaskini maklumat dalam APDM

3. Syarat pemilihan murid ke SBP 2017 bagi tingkatan 1 (Form one)

a)  Murid mestilah warganegara Malaysia.

b) Merupakan pelajar dari sekolah Kebangsaan (SK)

c) Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2016

d) Aktif dalam kokurikulum.

e) Bagi SBP Tahfiz Model Ulul Albab calon-calon perlu memperoleh Gred A bagi subjek bagi Quran dan Jawi

f)  Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana
maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan
Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

g) Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh
yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.

4. Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP 2017 diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.

5. Bagi murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama. Murid boleh membuat permohonan semula apabila e-Rayuan dibuka.

6. Bagi proses e-Rayuan bagi calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

a) Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my

b) Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.

c) Masukkan angka giliran UPSR/PBS.

d) Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.

e) Klik pada e-rayuan.

f) Hantar.

7. Bagi proses e-Rayuan bagi Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon

a) Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my

b) Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4

c) Masukkan angka giliran UPSR/PBS

d) Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan

e) Klik pada e-rayuan

f) Hantar.

8. Cara membuat semakan keputusan ke SBP 2017

a) Laman sesawang KPM: www.moe.gov.my

b) Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, (BPSBPSK) KPM

c) Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400

d) Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.

e) Makluman melalui SMS

f) Mobile Apps (bagi pengguna Android)

9. Aliran Matapelajaran Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh SBP kemasukan tahun 2017

SBP aliran Sains

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Matematik
Sains
Geografi
Kemahiran Hidup
Bahasa Antarabangsa (*Pilihan : Bahasa Arab Komunikasi /
Bahasa Jepun / Bahasa Perancis
/ Bahasa Jerman / Bahasa Cina
Komunikasi)

 

SBP aliran Agama

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Matematik
Sains
Geografi
Kemahiran Hidup
Bahasa Antarabangsa (*Pilihan : Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)

 

SBP aliran ulul albab

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Matematik
Sains
Geografi
Kemahiran Hidup
Hifz Al-quran
Maharat Al-quran
Bahasa Antarabangsa (*Pilihan : Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)

Post a Comment

Previous Post Next Post