Gambar kak ros separuh bogel viral di internet




Gambar kak ros separuh bogel viral di internet


Kak ros merupakan watak garang yang menjadi penyeri dalam siri animasi popular upin dan ipin kini menjadi sasaran nakal dengan menghasilkan imej menyerupai kak ros tetapi dalam bentuk seksi dan ada juga yang kelihatan seperti separuh bogel.

Dalam kenyataan media Ketua Media Baru dan Perhubungan Awam Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Mohd. Zarin Abdul Karim berkata, syarikatnya tidak terlibat dengan sebarang penghasilan karikatur mahupun video Upin dan Ipin yang bertentangan dengan undang-undang.

“Kami tiada kaitan dengan penghasilan sebarang siri animasi yang mempunyai kesan negatif terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak.

“Namun, pemantauan di internet terutamanya laman sosial, sentiasa kami lakukan dari semasa ke semasa bagi mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab ini daripada terus menyebarkan perkara negatif,” katanya kepada Bernama.

Gambar kak ros separuh bogel viral di internet





0 comments :