Borang Permohonan Program myLESEN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM MyLesen
Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :
1. Warganegara atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
2. Berumur 16 tahun dan ke atas.
3. Memiliki MyKad/Polis/Tentera/MyPR.
4. Tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu lain termasuk lesen memandu percubaan.
5. Tiada senarai hitam mahkamah, JPJ atau Polis.
Setiap permohonan hendaklah dilengkapkan dengan dokumen-dokumen seperti berikut:
1. Borang MyLesen yang telah lengkap diisi.
2. Salinan fotostat MyKad/Polis/Tentera/MyPR.
3. Borang Permohonan Ujian Undang-undang Jalan Raya (Bahagian I) Lisan yang telah diluluskan (bagi
pemohon buta huruf atau lembam sahaja).
Pendaftaran dan Kadar Bayaran:
1. Tempoh pendaftaran 1 BULAN dan semua calon perlu selesaikan semua proses latihan dan ujian dalam
tempoh sekitar 4 bulan daripada tarikh pendaftaran.
2. Kadar bayaran ditetapkan bagi setiap calon ialah RM299.00 sahaja termasuk GST.
3. Setiap peserta perlu membuat bayaran penuh RM299.00 kepada institut memandu yang dipilih sendiri
semasa pendaftaran peserta di institut memandu berkenaan.
4. Pembayaran atas nama institut memandu yang dipilih peserta sendiri dan amaun yang dibenarkan hanya
RM299.00 sahaja.
5. Pembayaran diterima: (1. Tunai, 2. Kiriman Wang/Pos, 2. Draf Bank, 3. Cek Bank Tempatan Sahaja).
6. Pakej ini termasuk bayaran yuran Ujian Bahagian I Berkomputer untuk kali pertama sahaja.
7. Jika peserta gagal, bayaran Ujian Bahagian I Berkomputer ulangan untuk kali kedua akan ditanggung oleh
peserta sendiri dan tidak termasuk dalam pakej ini.
8. Kos pengangkutan peserta ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk dalam pakej ini. Kos-kos lain
juga tidak termasuk dalam pakej ini dan ditanggung oleh peserta sendiri.
9. Setiap peserta perlu mengikuti kelas KPP mengikut SOP yang ditetapkan.
10. Peserta perlu mengikuti kelas tambahan (pre-test dan tutorial komprehensif) selama 2 jam yang disediakan
oleh institut memandu bagi persediaan peserta untuk menduduki Ujian Bahagian I Berkomputer.
11. Calon yang gagal ujian Berkomputer 2 kali, ujian bertulis akan disediakan 2 kali ujian dan seterusnya 2 kali
ujian lisan sahaja. Jika masih gagal, calon dikira tidak layak dan terkeluar daripada program myLesen dan
tiada apa-apa tuntutan baki bayaran yuran boleh dibuat oleh calon.
12. Jika calon gagal dalam ujian Bahagian II dan III kali pertama, kadar bayaran seterusnya bagi ujian semula
ditanggung oleh calon sendiri.
13. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program MyLesen berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan dan
ujian yang ditetapkan.
14. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan tempoh masa latihan dan ujian yang ditetapkan akan
menyebabkan peserta terkeluar daripada program myLesen ini dan tiada apa-apa tuntutan kewangan
termasuk pulangan baki yuran boleh dibuat atas kegagalan peserta mematuhi syarat yang ditetapkan.
15. Tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dari
semasa ke semasa.