Surat Terbuka Director Didi n Friends pada peminat




Assalamualaikum, saya Sinan Ismail - Director Didi & Friends.

Alhamdulillah. Animasi Didi & Friends semakin popular dan semakin ramai kanak-kanak dan ibu bapa HAPPY menyanyi, menari dan belajar bersama Didi, Jojo, Nana dan kawan-kawan. Tiada yang lebih bermakna bagi kami apabila kami dapat feedback kanak-kanak HAPPY!


Terima kasih semua fans yang support kami.

Tapi…

Sejak kebelakangan ni, terdapat sangat banyak cetak rompak. Antara medium-mediumnya adalah:

- DVD, Baju Cetak Rompak & Lain-Lain Merchandise
Medium ini dah lama dah wujud. ‘Kepalanya’ memang lanun yang buat cetakan secara besar-besaran dan mengedarkan kepada peniaga-peniaga pasar malam, peniaga kedai, kedai dvd di seluruh negara.

- Cetak Rompak Pen Drive
Yang ni medium baru. Lanun akan kumpulkan video dalam Pen Drive dan jual seperti mereka tidak bersalah. Siap tajuk dia lebih kurang macam ni “KOLEKSI VIDEO PENDIDIKAN, LAGU KANAK-KANAK, LAGU ISLAMIK, MOVIE UNTUK HIBURAN DAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK ANDA!” ….
Bagus! Siap ada Lagu Islamik. Tapi.. ambil hak orang dan menjualnya adalah rezeki yang HARAM.

- Cetak Rompak New Media/Social Media - FB - WhatsApp - etc
Cetak rompak jenis ni pula adalah cetak rompak secara ‘tak tahu pun benda ni salah’. Niatnya adalah baik - untuk share - seperti pepatah orang putih ‘sharing is caring’
Hehe.. Siap si tukang post viral tersebut happy dia ‘famous’ dan siap dapat berpuluh-puluh ribu ‘Share’.

Tapi… bila anda share online di FB, kami si pembuat video/animasi tidak dapat apa-apa income. Adakah income itu penting untuk kami?

Buat pengetahuan semua…

Team Digital Durian ada 35 orang.
- 8 orang dah berkeluarga dan mempunyai anak-anak
- Ramai yang bujang dan sedang kumpul duit nak kahwin
- Ramai yang baru melangkah ke dunia pekerjaan pun ramai

35 orang ni, sama-sama berusaha. Memikirkan idea, membuat skrip, membuat papan cerita, membuat animasi untuk mengejar dateline.

Kerja time kerja, kerja sampai tak tidur malam, kerja sampai kadang-kadang tidur di studio, kerja weekend… semua ini… untuk..

… menghasilkan animasi berkualiti untuk anak-anak kita.

Anda tidak tahu perasaan kami apabila kami melihat cetak rompak berlaku..

Pernahkah anda fikir..
- Team Digital Durian balik lambat.. Kesian isteri dan anak-anak
- Team Digital Durian terpaksa mengambil risiko untuk berhutang, ambil loan untuk buat animasi Didi & Friends
- Susah juga ya nak buat animasi ni

Kami terlalu sedih dan terkilan apabila kerja kami dicetak rompak. Mungkin anda tidak sedar ‘Share’ itu salah..
Kami kecik hati.. Kami sedih.. Kami kadang-kadang ada rasa nak give up..
Tapi kami kuat kerana kami sedar, apa yang kami buat adalah untuk menghiburkan dan memberi pelajaran kepada anak-anak kecil.

Bayangkan, usaha produksi kami selama 20 bulan (untuk buat 46 lagu), diambil oleh seorang individu - dan dimasukkan dalam pen drive.. Dan dia jual.. Apa yang kami dapat… ?

Hakikatnya…

Kami semua perlukan gaji untuk membeli makanan, pakaian, tempat tinggal untuk diri sara diri kami dan keluarga kami. Hati dan perasaan kami, boleh dikawal untuk sentiasa positif dan teruskan perjuangan.

Tapi…

Kalau kami tiada duit.. Mungkin perjuangan kami akan terkandas begitu sahaja. Kami tidak minta derma atau sumbangan. Kami hanya nak anda membeli barangan original dan support kami sekadar mampu.

- Berhentilah jual dan beli pen drive animasi - itu semua duit haram
- Berhentilah share video Fb - sharelah dari YouTube. Walaupun duit YouTube tu tak banyak, tapi boleh juga tanggung sebahagian dari overhead kami.
- Belilah DVD dan merchandise yang original - kami tahu barangan kami belum banyak lagi. Tapi….. Kami akan keluarkan lebih banyak Official Merchandise pada tahun ini. Kami juga akan keluarkan range dengan harga yang berpatutan.

Terima kasih fans. Tanpa anda, siapalah kami. Supportlah kami, supportlah animasi tempatan, supportlah industri kami. Kami tak nak buat 1 atau 2 season sahaja.. Supportlah kami untuk membuat sampai 10-20 season. InshaAllah.

Kepada peniaga .. Bayangkan produk and dicuri dan dijual oleh orang lain..
Apakah perasaan anda? Adakah anda rezeki si pencuri itu HALAL atau HARAM?

Ya.. orang yang berniaga cetak rompak sama juga seperti berniaga barang yang dicuri.. tidakkah anda tahu meniaga barangan cetak rompak adalah sama seperti mencuri

Melalui pos ini, niat kami adalah supaya semua orang tahu:
- upload dan share video Didi & Friends di FB (yang bukan diupload dari YouTube/FB Didi & Friends) adalah sama dengan menyokong gerakan cetak rompak
- cetak rompak adalah salah
- cetak rompak adalah duit haram
- cetak rompak boleh memusnahkan Didi & Friends
- cetak rompak boleh memusnahkan industri animasi negara
- cetak rompak boleh menyebabkan…

....kami semua tak ada kerja satu hari nanti.

Sekarang, anda semua dah tahu.. Keputusan terletak di tangan anda.

Saya ingin minta maaf sekiranya ada yang terkasar bahasa atau tersalah kata dalam post ini.

Majulah animasi untuk anak-anak dan negara.

***Kepada fans dan ibu bapa yang suka Didi & Friends.. Sharelah post ni.. Viral kan post ni***

Saya yang mewakili The Digital Durian Team,
Sinan Ismail
Director / Co-Founder
Digital Durian | Didi & Friends


0 comments :