Vitamin C merupakan antara vitamin penting untuk tubuh badan manusia dalam meningkat sistem pertahanan badan dan untuk menyingkirkan toksik dan radikal bebas dalam tubuh badan.
Antara buah yang kaya dengan vitamin C adalah seperti buah lemon, betik, kiwi dan limau. Di antara kebaikan lain yang terdapat pada vitamin C untuk kulit dan kecantikan wajah adalah seperti berikut:
- Vitamin C bertindak sebagai agen anti oksida yang baik
Melindungi kulit dari toksin bahaya
Menghasilkan kolagen baik untuk kulit
Merawat masaalah kulit kusam
Sebagai agen pencerah kulit dan mnyihatkan kulit
Juga bertindak sebagai agen anti penuaan
6 Kebaikan Vitamin C untuk Rambut sihat.
Berikut merupakan antara kebaikan dan manfaat yang terdapat di dalam vitamin c untuk kebaikan rambut seseorang:
1. Vitamin C membantu dalam meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Pengambilan Vitamin C merupakan faktor penting dalam mengelakkan masalah rambut bercabang, kering dan tidak bermaya yang mana ianya menandakan rambut dalam kategori yang tidak sihat.
Bagi mereka yang mengamalkan pengambilan vitamin c yang mencukupi akan mempunyai rambut yang lebat, sihat dan kuat kerana rambut dapat bertahan dari radikal dan toksik pada rambut.
2. Vitamin C membantu mengelakkan masaalah kelemumur pada rambut
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Vitamin c juga dapat mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C mempunyai ciri-ciri anti-viral.
3.Mengurangkan Keguguran Rambut
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
4.Rambut yang lebat dan sihat
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah.Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.
5.Melawan Masalah Rambut
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.
6. Mengekalkan rambut Sihat dan melambatkan proses Uban di Rambut
Vitamin C merupakan antara salah satu agen anti penuaan yang baik yang mana ianya membantu mengurangkkan kesan penuaan pada rambut anda.