Dewasa ini whatsapp sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kebanyakan dari kita. Kehidupan seharian kebanyakan dari rakyat malaysia adalah tidak lekang dari penggunaan aplikasi whatsapp.
Whatsapp diguna kan secara meluas untuk pelbagai kegunaan dan ruang. Meliputi dari rakan-rakan taulan, saudara mara sehinggalah penggunaan yang penting dalam menjalankan perniagaan seharian.
Group whatsapp pula menjadi popular dan pelbagai group dibuka untuk komuniti masing-masing. Di dalam group pula kita akan berjumpa dengan banyak keletah whatsapper. Berikut di paparkan antara keletah yang menjadi perhatian.
22 Jenis tingkahlaku ahli dalam group whatsapp
Anda yang mana satu dalam grup WhatsApp ini?
KUTU MALAM - Cuma aktif sebelah malam terutama bila tiba hari Khamis dok kecoh pasal malam Jumaat. Bila siang, dia tak bunyi langsung
MAK LAMPIR - Jenis ini hanya berbunyi bila namanya diseru atau terpaksa jawab soalan. Kalau tak, memang dia menyepi tak reti nak munculkan diri...
KACANG NGAN YIN - Yang ni kalau muncul cuma pandai guna simbol 👍👍👍 ja...
WARTAWAN SAMBILAN - Tiap kali ada pengumuman tak kira pasal bola, cuaca, ceramah, moyang raja mati, artis bercerai dan apa saja, dialah orang pertama yang akan menyampaikan segala mak nenek jenis informasi. Betul atau tidak, dia peduli apa...
BOS KEDAI RUNCIT - Tak habis-habis bagi arahan, komen dan tugasan walaupun hari cuti.
KAUNSELOR - Yang ini sentiasa bagi kata kata pujangga,nasihat, perangsang dan semangat untuk ahli group. Kata katanya indah penuh motivasi, walaupun semuanya takat copy paste saja...
BISU - Wujud sebagai ahli group tapi tak pernah berbunyi pun...
PELAWAT KAUNTER PERTANYAAN - Masuk group untuk tanya soalan je, lepas tu hilang. Masuk balik jika ada soalan lagi, lepas tu hilang semula...
KEYBOARD WARRIOR - Hanya pandai cakap dalam group tapi kat luar menikus, macam hang cangkul daa...
BULUH MIANG - Bila ada je ahli perempuan baru masuk group, mula lah dia munculkan diri. Tak pun tiba tiba ada topik fasal gadis cantik, pun dia akan muncul..
KAKI SKODENG - Tak habis habis dok keluar simbol 👀 👀 👀 👀
KAKI BAHAN - Suka edit gambar orang, lepas tu pos masuk group sebagai bahan untuk membahan orang lain..
KAKI LUDAH - Tak habis habjs suka puiii puiii 💦💦💦💦
KAKI LOKASI - Asyik beri lokasi di mana dia ada. Masuk tandas pun kalau boleh nak bagi lokasi juga...
KERANI - Nampak status typing je... tapi tak keluar keluar pun apa yang ditaipnya..
KAKI SENTAP - Yang ni pulak sikit-sikit terasa, lepas tu terus left group. Tak lama lepas tu, sibuk minta admin tolong masukkan dia dalam group semula...
KAKI SEMBANG TAK CUKUP - Bila dok sembang dalam WhatsApp, ceritanya selalu tergantung tak bagi habis, lepas tu dia diam...
WARTAWAN JALAN JALAN CARI MAKAN - Asal masuk je pos gambar makanan.
USTAZ USTAZAH - Jenis ni pulak asyik pos hadis-hadis, ayat-ayat suci, ceramah agama. Pokoknya pos dia semua yang kalah alim ulama.
KING/QUEEN SELFIE - Ni pulak suka ambil gambar sendiri, lepas tu pos masuk group sampai naik menyampah orang dok tengok muka dia je...
LIDAH PANJANG - Yang ni kalau masuk takat hantar simbol 😜😜😜😜 je...
PLAYBOY - mempunyai stok simpanan gambar awek dan gadis manis yang cukup banyak beserta contact lengkap. Cukup di cemburui oleh ahli group lelaki yang lain.
KAKI SENYUM - Post yang selalu kita jumpa dari mereka adalah senyum atau sekali sekala haha jer yang kita boleh baca.
KAKI F**K - Yang ni jenis yang kuat mencarut dan f**k orang. Kadangkala boleh menimbulkan perbalahan terutamanya bila berada dalam group yang bukan dari kenalan rapat.
SI GILA SEKS - Yang jenis ini pula mempunyai stok simpanan gambar dan video lucah yang cukup banyak. Kadangkala tidak mengira tempat dan waktu menghantar aksi-aksi lucah ke dalam group. Kadangkala menimbulkan ketidakselesaan pada yang lain.
KAKI FUTSAL - Yang jenis ni juga jarang kelihatan di dalam group. Hanya memunculkan diri bila ada futsal. Kaki dah gigil letew...
KAKI MARAH - Jenis yang ni cukup merimaskan ahli group yang lain. Serba salah kena dibuatnya pada yang lain.
KAKI PRINT SCREEN - Jenis yang ni pula suka print screen perbualan yang ada dlm group untuk diviralkan. Sering terjadi kepada group-group politik tempatan.
KAKI MERAPU - Yang jenis ni pula hanya muncul bila ada sembang merapu di dalam group. Topik perbincangan kaki merapu ini selalunya berkenaan apa sahaja tanpa hala tuju.
KAKI MENGUMPAT - Yang ini pula jenis yang kuat mengumpat dan bergossip.
KAKI IKLAN - Kaki yang ni cukup tidak digemari oleh ahli-ahli group yang bersifat sosial dan politik kerana mengganggu group.
PAK LAWAK - Yang jenis cukup disenangi oleh kebanyakan ahli group kerana sering menceriakan hari anda.