Khairy anggap isu skandal derma sudah selesai




Berdasarkan laporan terbaru malaysiakini, kenyataan telah dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menganggap isu derma RM2.6 bilion diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh kerajaan Arab Saudi telah selesai selepas menteri luar negara itu memberi penjelasan mengenainya.

Menurut beliau, penjelasan itu dilihat dapat menutup segala cerita apabila mendapat pengesahan daripada kerajaan Arab Saudi sendiri.

"Maka benda itu betullah bahawa ini sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi tanpa meminta apa-apa balasan.

"Jadi isu ini dah selesai, dah disahkan oleh kerajaan yang memberi derma tersebut," katanya pada sidang media selepas program Kupas Buku anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenjung (GPMS), di Petaling Jaya hari ini.



0 comments :