Gambar perut sharifah sakinah



artis-seksi

Gambar perut sharifah sakinah



Sejak dua bulan aktres Sharifah Sakinah aktif dengan program rutin senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah yang sering diadakan di KLCC.

Apa yang menggembirakan pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, ini apabila programnya itu semakin mendapat sambutan peminat dalam tempoh singkat ini. 


Walaupun pada awalnya dia sendiri mencetuskan sikit kontroversi gara-gara dia memuat naik gambar perutnya di laman Instagram, namun tidak menjejaskan perjalanan programnya itu.

“Fitness Sakinah semakin dapat sambutan dan semakin ramai yang mengikuti program kami. 



Ada yang datang sebab sekadar nak bergembira. Ada yang datang memang menunjukkan kesungguhan mereka nak kurus dan sihat. Seronok bila ada yang capai sasaran, mereka dah kurus.



“Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing”, kata Sharifah Sakinah yang turut memberitahu, dia juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.



Adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira ini ditemui pada majlis bacaan skrip filem ‘Pekak’ di Sri Pentas, semalam.

Dalam masa sama Sakinah menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk meraih publisiti. Tetapi tujuannya itu adalah untuk menunjukkan perbezaan fizikalnya pada bahagian tersebut semenjak aktif melakukan senaman kecergasan menerusi programya itu.




“Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut”, katanya

Selain itu Sakinah berkata, walaupun sibuk dengan program kecergasan anjurannya dia masih memberikan tumpuan kepada lakonan cuma tidak serancak dahulu. Pun begitu, Sakinah tidak bercadang untuk meninggalkan bidang tersebut.

“Sebenarnya saya dah mula kurang ambil tawaran berlakon sebab nak beri tumpuan pada program ni. Misalnya dalam sebulan, saya peruntukkan 20 hari untuk jalani penggambaran dan 10 hari saya fokus pada fitness.

“Tapi saya tak akan berhenti berlakon. Sebaliknya nama saya sebagai artis platform untuk menarik orang ramai sertai program ini”, katanya yang bakal memulakan penggambaran filem ‘Pekak’ mulai minggu hadapan.

Perkembangan lain, pada September depan dia akan berkolaborasi dengan sebuah pusat kecergasan bagi mengadakan program yang diberi nama 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness. Mensasarkan seramai 5,000 peserta menyertai program istimewa tersebut, selain senaman turut diadakan pelbagai aktiviti kecergasan lain dalam tempoh tiga bulan, lapor Malaysian Digest.

Lihat Lagi:


0 comments :